Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM50 kepada seorang sarjan polis, tahun lepas.<br /><br />Tertuduh, seorang pekerja ladang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.